Rabu, 13 Oktober 2010

Majlis Penyampaian Sijil SSRU Bagi Murid-Murid Dh 6 Tahun 2009M / 1430H

9 Oktober 2010 ( Sabtu ) - SU Datu Mahawangsa Lambak pada Sabtu Lalu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil SSRU Bagi Murid-Murid Dh 6 Tahun 2009M / 1430H. Sekolah ini buat pertama kalinya membukakan persekolahan bagi murid-murid darjah 6 pada tahun lepas yang mana sebelum ini sekolah ini hanya menempatkan persekolahan bagi murid-murid darjah pra hingga darjah 4. Dan Alhamdulillah, berkat usaha semua guru-guru dan usaha gigih  murid-murid seramai 27 orang murid telah lulus dalam peperiksaan SSSRU pada tahun lepas.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh 
Cikgu Hj Alimasidik Bin Mohammad.
Diantara wajah-wajah murid-murid yang diraikan.

Turut menyerikan diundang tetamu khas, YM Awg Hamidon dan Isteri.
Juga ucapan alu-aluan yang penuh dengan kata-kata semangat dan rangsangan
dari YM Guru Besar SU Datu Mahawangsa Lambak,
Cikgu Hjh Siti Rauyah Bte Hj Ibrahim.
Murid-murid menerima sijil yang disampaikan oleh dari YM Guru Besar SU Datu Mahawangsa Lambak,
Cikgu Hjh Siti Rauyah Bte Hj Ibrahim.

Murid-murid yang hadir di majlis petang itu.
Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah penghargaan buat tetamu khas, 
YM Awg Hamidon dan Isteri.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Hirwandy Sukardi Bin Awg Hj Bugar.


Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Dh 6 Gabungan SU Datu Mahawangsa Lambak & SU Pulaie, Brunei II

29 September 2010 ( Rabu ) - Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Dh 6 Gabungan SU Datu Mahawangsa Lambak Dan SU Pulaie kawasan Brunei II dengan meraikan seramai 31 orang peserta khatam dari Murid-murid SU Datu Mahawangsa Lambak dan Seramai 36 peserta Khatam dari murid-murid SU Pulaie. 
 Peserta-peserta Khatam Gabungan Gabungan 
SU Datu Mahawangsa Lambak Dan SU Pulaie kawasan Brunei II.


 Tetamu Khas Majlis Khatam Al-Quran, Cikgu Hj Japar Bin Hj Ibrahim, 
Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei II.
 Jemputan-Jemputan Khas.


 Peserta-Peserta Takhtim dari Murid-Murid Perempuan SU Datu Mahawangsa Lambak.
 Bacaan Doa Khatam oleh Md Nurbazli Bin Abd. Mustafah.


 Penyampaian Sijil-Sijil Khatam Pada Peserta-Peserta Khatam
oleh Tetamu Kehormat Majlis.


 Laungan Dikir Asyraqal Dari Murid-Murid Lelaki SU Pulaie.
 Bacaan Doa Selamat Oleh Cikgu Asmady.
 Majlis Menikmati Jamuan Yang Telah Disediakan.

Isnin, 11 Oktober 2010

Peperiksaan Lisan Akhir Tahun 2010M / 1431H

Peperiksaan Lisan Akhir Tahun 2010M / 1431H bagi darjah pra hingga darjah 5 akan dijalankan bermula pada 9 Oktober 2010 ( Sabtu ) hingga 21 Oktober 2010. Diharap semua pelajar SUDMWL akan bersiap sedia dengan memperbanyakkan lagi ulangkaji di rumah. Dan diminta kerjasama ibubapa / penjaga murid supaya sama-sama memantau anak-anak biskita mengulangkaji di rumah.

Rabu, 6 Oktober 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Guru 2010M /1431H

30 September 2010 ( Hari Khamis ) SU Datu Mahawangsa Lambak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Guru. Aturacara majlis dimulakan jam 2 petang dengan pembukaan acara ialah ucapan alu-aluan dari Guru Besar SU Datu Mahawangsa Lambak dan seterusnya persembahan dari murid-murid darjah pra hingga darjah 6. Majlis kemuncak ialah kelas terbuka Aidilfitri sebagai penutup majlis.
 Ucapan alu-aluan dari guru besar SU Datu Mahawangsa Lambak,
 Cikgu Hjh Siti Rauyah Binti Hj Ibrahim.
Persembahan Lagu dari murid-murid Darjah 3. 
 Persembahan Syair dari Md. Nurbazli Bin Abdul Mustafah, murid darjah 6.
 Persembahan dari murid-murid darjah pra.
Majlis kelas terbuka Aidilfitri 2010M / 1431H.