Ahad, 19 Disember 2010

Kempen Kebersihan

Kempen kebersihan ini biasanya diadakan setiap sebelum bermulanya cuti penggal persekolahan. tujuan nya agar sekolah ditinggalkan dalam keadaan bersih sebelum bermulanya cuti penggal. Alhamdulillah sekolah ini dapat melaksanakan kempen ini hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid yang hadir pada petang 30 November 2010, hari Selasa. Antara aktiviti kempen yang dijalankan ialah membersihkan dalam dan luar kawasan sekolah termasuklah membersihkan bilik-bilik darjah dan dewan sekolah(juga merupakan bilik rehat guru-guru), pengiraan stok buku-buku teks dan membersihkan tikar-tikar untuk murid-murid sembahyang.







Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Terbaik Tahun 2010M / 1431H

Pada 29 November 2010 ( Isnin ) lalu, sekolah ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar Terbaik bagi sepanjang tahun ini dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Murid Cemerlang dan hadiah kedatangan terbaik bagi murid-murid dari darjah pra hingga darjah VI. Majlis ini bermula jam 2 petang bagi murid-murid rendah bawah. Bagi murid-murid rendah atas pula dimulakan pada jam 4 petang. 
Antara wajah murid-murid yang diraikan :













Kepada murid-murid yang berjaya, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan teruskan usaha agar terus berjaya dengan cemerlang pada masa yang akan datang.. Semoga maju jaya!!!

Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid & Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid 2010

18 November 2010 ( Khamis ) lalu telah berlangsung majlis tersebut diatas bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah, majlis ini berhasil mengadakan perbincangan bersama dari guru-guru darjah dengan para Ibubapa / Penjaga murid di sekolah ini. Dalam majlis perjumpaan ini, para Ibubapa / Penjaga murid serta guru-guru darjah membuat perbincangan mengenai anak murid yang menghadapi masalah samada dalam atau pun luar sekolah yang menjejaskan mutu pembelajaran di sepanjang tahun ini. Diharap dengan adanya perbincangan tersebut akan dapat menarik perhatian Ibubapa serta penjaga murid-murid bagi sama-sama mengatasi masalah yang dihadapi bagi setiap murid yang belajar di sekolah ini untuk masa yang akan datang.


Sembahyang Hajat & Membaca Surah Yaasin Bagi Murid-Murid Dh VI ( 2010 )

Adapun majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat persiapan akhir bagi murid-murid darjah VI ( 2010 ) yang menduduki peperiksaan bersijil di tahun akhir persekolahan mereka, darjah VI iaitu PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU). semoga dengan adanya doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kepada Allah murid-murid darjah VI pada tahun ini akan mendapat kejayaan yang diharap-harapkan. Amiiin...