Selasa, 15 Januari 2013

MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW

Tarikh : 14hb Januari 2013 ( Hari Isnin )
Tempat : Dewan Mahawangsa Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak

Alhamdulillah, sempena maulud Nabi Muhammad Saw yang akan tiba sekolah ini tidak ketinggalan untuk menyemarakkan hari kebesaran dalam Islam itu dengan mengadakan majlis dikir yang dimulai dengan majlis pembukaan dikir pada hari ini.

Isnin, 7 Januari 2013

Taklimat Disiplin 2013

Tarikh : 7hb Januari 2013 ( Hari Isnin )
Tempat : Dewan Mahawangsa Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak

Alhamdulillah, seawal tahun 2013 sekolah ini dapat mengadakan taklimat disiplin yang telah dikendalikan oleh Guru Kanan Disiplin, Cikgu Mansur @ Maisur Bin Hj Kamis. Taklimat ini bermula jam 4:10 ptg yang dihadiri oleh murid-murid darjah 2 hingga darjah 6.

Kira-kira seramai 288 orang murid dan 14 orang guru yang menghadiri taklimat hari ini.

Taklimat juga menyentuh mengenai kehadiran, pakaian yang dibenarkan, rambut, telkong dan lain-lain hal.

Taklimat berakhir jam 5:00 petang dengan disudahi selawat ke atas Nabi.