Ahad, 19 Disember 2010

Kempen Kebersihan

Kempen kebersihan ini biasanya diadakan setiap sebelum bermulanya cuti penggal persekolahan. tujuan nya agar sekolah ditinggalkan dalam keadaan bersih sebelum bermulanya cuti penggal. Alhamdulillah sekolah ini dapat melaksanakan kempen ini hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid yang hadir pada petang 30 November 2010, hari Selasa. Antara aktiviti kempen yang dijalankan ialah membersihkan dalam dan luar kawasan sekolah termasuklah membersihkan bilik-bilik darjah dan dewan sekolah(juga merupakan bilik rehat guru-guru), pengiraan stok buku-buku teks dan membersihkan tikar-tikar untuk murid-murid sembahyang.







Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Terbaik Tahun 2010M / 1431H

Pada 29 November 2010 ( Isnin ) lalu, sekolah ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar Terbaik bagi sepanjang tahun ini dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Murid Cemerlang dan hadiah kedatangan terbaik bagi murid-murid dari darjah pra hingga darjah VI. Majlis ini bermula jam 2 petang bagi murid-murid rendah bawah. Bagi murid-murid rendah atas pula dimulakan pada jam 4 petang. 
Antara wajah murid-murid yang diraikan :













Kepada murid-murid yang berjaya, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan teruskan usaha agar terus berjaya dengan cemerlang pada masa yang akan datang.. Semoga maju jaya!!!

Majlis Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid & Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid 2010

18 November 2010 ( Khamis ) lalu telah berlangsung majlis tersebut diatas bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang. Alhamdulillah, majlis ini berhasil mengadakan perbincangan bersama dari guru-guru darjah dengan para Ibubapa / Penjaga murid di sekolah ini. Dalam majlis perjumpaan ini, para Ibubapa / Penjaga murid serta guru-guru darjah membuat perbincangan mengenai anak murid yang menghadapi masalah samada dalam atau pun luar sekolah yang menjejaskan mutu pembelajaran di sepanjang tahun ini. Diharap dengan adanya perbincangan tersebut akan dapat menarik perhatian Ibubapa serta penjaga murid-murid bagi sama-sama mengatasi masalah yang dihadapi bagi setiap murid yang belajar di sekolah ini untuk masa yang akan datang.


Sembahyang Hajat & Membaca Surah Yaasin Bagi Murid-Murid Dh VI ( 2010 )

Adapun majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk membuat persiapan akhir bagi murid-murid darjah VI ( 2010 ) yang menduduki peperiksaan bersijil di tahun akhir persekolahan mereka, darjah VI iaitu PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU). semoga dengan adanya doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kepada Allah murid-murid darjah VI pada tahun ini akan mendapat kejayaan yang diharap-harapkan. Amiiin...

Isnin, 15 November 2010

PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA MURID SERTA MAJLIS MENANDATANGANI REKOD 2010M/1431H

Dimaklumkan kepada semua warga sekolah SUDMWL bahawa Majlis tersebut diatas akan diadakan pada 18 November 2010M bersamaan 12 Dzulhijjah 1431H. Oleh itu, diminta semua murid supaya dapat memaklumkan kepada Ibubapa/Penjaga masing-masing untuk hadir ke Majlis tersebut.

Khamis, 11 November 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Expo Technology

PADA 4 & 6 NOVEMBER 2010 (KHAMIS DAN SABTU) BARU-BARU INI MURID-MURID DARJAH 4 DAN 5 DIBAWA MELAWAT KE EXPO TECHNOLOGY DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS. ANTARA LAIN TUJUAN LAWATAN INI ADALAH UNTUK MENGISI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH SELEPAS MENJALANKAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.

TAKLIMAT DARI GURU-GURU SEBELUM DAN SELEPAS LAWATAN.

Rabu, 13 Oktober 2010

Majlis Penyampaian Sijil SSRU Bagi Murid-Murid Dh 6 Tahun 2009M / 1430H

9 Oktober 2010 ( Sabtu ) - SU Datu Mahawangsa Lambak pada Sabtu Lalu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil SSRU Bagi Murid-Murid Dh 6 Tahun 2009M / 1430H. Sekolah ini buat pertama kalinya membukakan persekolahan bagi murid-murid darjah 6 pada tahun lepas yang mana sebelum ini sekolah ini hanya menempatkan persekolahan bagi murid-murid darjah pra hingga darjah 4. Dan Alhamdulillah, berkat usaha semua guru-guru dan usaha gigih  murid-murid seramai 27 orang murid telah lulus dalam peperiksaan SSSRU pada tahun lepas.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh 
Cikgu Hj Alimasidik Bin Mohammad.
Diantara wajah-wajah murid-murid yang diraikan.

Turut menyerikan diundang tetamu khas, YM Awg Hamidon dan Isteri.
Juga ucapan alu-aluan yang penuh dengan kata-kata semangat dan rangsangan
dari YM Guru Besar SU Datu Mahawangsa Lambak,
Cikgu Hjh Siti Rauyah Bte Hj Ibrahim.
Murid-murid menerima sijil yang disampaikan oleh dari YM Guru Besar SU Datu Mahawangsa Lambak,
Cikgu Hjh Siti Rauyah Bte Hj Ibrahim.

Murid-murid yang hadir di majlis petang itu.
Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah penghargaan buat tetamu khas, 
YM Awg Hamidon dan Isteri.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Hirwandy Sukardi Bin Awg Hj Bugar.


Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Dh 6 Gabungan SU Datu Mahawangsa Lambak & SU Pulaie, Brunei II

29 September 2010 ( Rabu ) - Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Dh 6 Gabungan SU Datu Mahawangsa Lambak Dan SU Pulaie kawasan Brunei II dengan meraikan seramai 31 orang peserta khatam dari Murid-murid SU Datu Mahawangsa Lambak dan Seramai 36 peserta Khatam dari murid-murid SU Pulaie. 
 Peserta-peserta Khatam Gabungan Gabungan 
SU Datu Mahawangsa Lambak Dan SU Pulaie kawasan Brunei II.


 Tetamu Khas Majlis Khatam Al-Quran, Cikgu Hj Japar Bin Hj Ibrahim, 
Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei II.
 Jemputan-Jemputan Khas.


 Peserta-Peserta Takhtim dari Murid-Murid Perempuan SU Datu Mahawangsa Lambak.
 Bacaan Doa Khatam oleh Md Nurbazli Bin Abd. Mustafah.


 Penyampaian Sijil-Sijil Khatam Pada Peserta-Peserta Khatam
oleh Tetamu Kehormat Majlis.


 Laungan Dikir Asyraqal Dari Murid-Murid Lelaki SU Pulaie.
 Bacaan Doa Selamat Oleh Cikgu Asmady.
 Majlis Menikmati Jamuan Yang Telah Disediakan.