Isnin, 7 Januari 2013

Taklimat Disiplin 2013

Tarikh : 7hb Januari 2013 ( Hari Isnin )
Tempat : Dewan Mahawangsa Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak

Alhamdulillah, seawal tahun 2013 sekolah ini dapat mengadakan taklimat disiplin yang telah dikendalikan oleh Guru Kanan Disiplin, Cikgu Mansur @ Maisur Bin Hj Kamis. Taklimat ini bermula jam 4:10 ptg yang dihadiri oleh murid-murid darjah 2 hingga darjah 6.

Kira-kira seramai 288 orang murid dan 14 orang guru yang menghadiri taklimat hari ini.

Taklimat juga menyentuh mengenai kehadiran, pakaian yang dibenarkan, rambut, telkong dan lain-lain hal.

Taklimat berakhir jam 5:00 petang dengan disudahi selawat ke atas Nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan